Sunday, 26 March 2017

Refleksi diri



Refleksi diri


Selamat Sejahtera,saya Martina A/P Haridas dari kelas A5T1B.Saya amat besar hati kerana tugasan yang diberikan telah berjaya saya sempurnakan.Semua ini berjaya kerana dorongan yang diberikan oleh ibu bapa,kawan dan pensyarah.

Refleksi selepas menyelesaikan tugasan ini saya sangat gembira dan puas hati kerana saya boleh mendapat tahu tentang diri saya dengan lebih mendalam.Saya ingin berkongsi perkara atau tugasan yang saya dan kelas tutoran saya melaksanakan dalam sepanjang sem 2 ini untuk subjek kemahiran dinamika.Tugasan yang Pensyarah bagi itu sangat membantukan untuk masa depan kita kerana subjek dinamika ini akan menonjolkan kekuatan dan kemahairan yang diri anda disebunyikan.Maka ini akan tolong kita untuk mengkeluarkan kemahiran kita pada masa-masa tertentu.

Tugasan pertama kami ialah,membuat video tentang tajuk Kemasyarakatan.Kami sekelas A5T1B sangat memberikan kerjasama antara satu sama lain untuk menyiapkan video ini.Dengan video ini kita dapat tahu sikap -sikap rakan sekelas kita dan sikap kerjasama antara satu sama lain supaya dapat menjayakan video ini dengan baik.Kami juga menghadapi masalah untuk mencari sumber rujukan untuk masukkan dalam tugasan pertama ini.Dengan itu,Pensyarah kami Puan Noorlida sangat membantukan dalam memberi nota-nota dan tips untuk menyelesaikan tugasan ini dengan sempurna.

Tugasan yang kedua ialah tugasan individu iaitu memberikan ucapan umum yang boleh memanfaatkan kepada orang ramai.Saya membuat ucapan yang bertajuk Cara-Cara Mengembangkan Potensi Diri. Tips-tips Mengembangkan Potensi Diri telah saya paparkan di blog saya untuk rujukan lanjutan anda semua.Dalam ucapan umum saya dapat mengetahui kelemahan diri saya dimana guru dan salah seorang rakan saya menjadi juri untuk memberi komen terhadap ucapan saya.Komen yang saya dapat ialah semasa menjawap soalan saya harus berani untuk jawap yang itu betul atau salah perlu yakin pada diri sendiri.Eye contact yang kurang baik semasa ucapan.Dengan itu saya perlu banyak berlatih untuk lebih confident dan berani.Saya perlu memperbaiki kelemahan diri saya dengan baik.Sayajuga perlu meneruskan kekuatan diri saya dengan betul.

Kesimpulannya,banyak perkara yang kami mempelajari semasa melakukan tugasan ini.Saya mempelajari banyak perkara dalam tugasan yang pensyarah saya memberikan dari segi aspek pertama Komunikasi.Komunikasi bagi saya kurang memuaskan kerana saya tidak mudah bergaul dengan orang lain.Aspek yang kedua Kepimpinan memuaskan juga kerana saya tidak mempunyai confidence yang tinggi untuk cakap depan orang.Saya juga tidak pandai dengan membuat keputusan pada waktu kecemasan.Dari segi sikap saya baik kerana saya tidak suka mengangguhkan kerja yang diberikan kepada saya.Semua perkara perlu be on- time.Dengan ini saya akhirkan refleksi diri sayadi sini.Sekian Terima Kasih
~Martina~





Friday, 24 February 2017

TIPS-TIPS Cara Mengembangkan Potensi Diri

Selamat Datang Ke Blog saya yang sederhana ni semoga bermanfaat dengan memberikan sedikit informasi tentang ilmu perkembangan diri.



Saya ingin kongsikan cara-cara untuk mengenali potensi diri antara lain.Diantaranya adalah sebagai berikut:

i) Kenali diri sendiri
    Tanya soalan kepada diri sendiri seperti Apa yang membuat anda bahagia?Apa yang anda inginkan dalam hidup ini?Apa kekuatan dan kelemahan diri anda?Kalau boleh berdiri di depan cermin dan jawap soalan yang anda tanya pada diri senditi dengan jujur dan yakin.

ii) Tentukan tujuan hidup
     Tentukan tujuan hidup anda untuk jangka pendek mahupun jangka panjang sesuai kemampuan dan kompetensi anda.Milikilah impian yang jelas dan visualisasikan hal tersebut dengan melukiskan dalam sebuah buku yang disertai dengan gambar-gambar detail serta target waktu yang diperlukan dalam usaha meraihkan hal tersebut.

iii) Hilangkan negatif thinking
      Jangan menyalahkan orang lain dalam menghadapi hambatan.Evaluasikan langkah anda,kemudian melangkah lagi.Cubalah memperluas wawasan dan pengetahuan dengan cara berfikiran positif.Yakinlah bahawa apa yang anda lakukan itu merupakan suatu proses yang benar untuk membawa anda menuju kepada kesuksesan yang anda impikan.

iv)Jangan mengadili diri sendiri
    Jika menghadapi hambatan dan kegagalan untuk mencapai tujuan jangan menyesal dan megadili diri sendiri berlarut-larut.Jadikan kegagalan tersebut sebagai satu pengalaman yang baru dan bahan pelajaran yang berharga untuk maju.Kita harus berani untuk keluar dari kegagalan masa lalu dan menghadapi hari esok menuju ke arah cerah.

v)Banyak Membaca,Melihat dan Merasakan
   Kita haruslah mengamalkan 3 sifat ini untuk lebih mengenali potensi diri kita.Dengan begitu akan banyak informasi dan pengetahuan yang bertambah.Bacaan dan tontonan yang kita sukai biasanya jadi sebuah potensi yang baik dan manfaat.Seperti kata pepatah lama,'jika ingin berhasil maka belajarlah dengan yang sudah berhasil dan jika ingin memaksimalkan potensi diri maka bertemanlah dengan orang-orang yang mempunyai impian dan cita-cita yang besar seperti itu juga'.
RUJUKAN:https://caramengembangkanpotensidi                    ri.com
                  :https://id.linkedin.com
                  :www.blogmamen.com
                  :tipsyoman.blogspot.com